24 April 2014

Close Group :: Superstar Shaklee

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Kalau tak silap, bulan lepas kak jah dah tukar nama untuk close group Shaklee kak jah di FB..Sebelum ni nama group LADANG EPAL SHAKLEE, sekarang SUPERSTAR SHAKLEE..Semoga nama baru ini akan lebih menyinar seperti namanya...hehe

Buat masa ni logo rasmi belum ada lagi hanya logo yang tidak rasmi...Hasil dari air tangan kak jah sendiri...hehe...kak jah tak de la pandai sangat nak mereka logo ni..Tapi boleh laaaaa...buat pun kat powerpoint..haha dah photoshop ke apa design kak jah tak reti pakai...

Jika kalau ada sesiapa yang nak join close group kak jah boleh la hubungi kak jah..Modal hanya RM65 tidak termasuk kos pos memberkit..Untuk kos pos ke Semenanjung RM10, ke Sabah & Sarawak RM20

Kak jah terjumpa jadual purata pendapatan bulanan ni di FB, ada kawan syer...ni hanya purata tau dan atas usaha anda sendiri...Jika usaha anda lebih maka bonusnya mesti lah lebih...Kalau usaha anda kurang bonus yang diterima pun kurang la..



Hubungi Kak Jah Sekarang!!!


Nor Hafizah Mohd Zabir | ID 866680
COD : Tanjung Malim
WhatsApp | SMS : 012 3549 179
Email : permaysury@yahoo.com 


21 April 2014

Laksa

Halloooo dapur kak jah kembali lagi...Laksa ni antara makanan mee/bihun yg kak jah suka...tak tahu nak bagi nama laksa apa...emmm laksa kak jah sedap gak kan..hehe...kak jah pun lupa macam mana kak jah boleh pandai buat laksa...nak jugak puji diri sendiri tuuuu...Ok kak jah cakap jujur ye, kak jah memang cerewet sikit makan laksa ni..Selalu yang jual2 tidak menepati citarasa kak jah...sebab tu kak jah lagi suka buat sendiri...kalau tak sedap pun telan je sampai habis..dah sendiri yang masak...haha

Dulu masa kat pasar Puchong kak jah ada suka laksa makcik ni..setahu kak jah kat pasar tu ada 2 orang yang meniaga laksa..yang lagi 1, tekak kak jah tak boleh nak masuk...Yang makcik ni boleh telan tapi dengan syarat kena campur laksa dengan dengan KUIH MASALODEH..Apa rasanye? mesti la sedappppp...kuih masalodeh ni pula kena cari yang goreng garing...baru la umpphhh!! Style makan laksa kak jah ni start kak jah sekolah rendah ok...Dan menjadi ikutan beberapa teman...hihi..tapi kalau buat sendiri tak dapat la makan dengan kuih ni..sebab  tak reti buat..dulu pernah buat sekali tapi bila goreng hancur berkecai...kahkahkah

Ni la rupanya kuih masalodeh

Bahan2

Sepeket laksa basah (kak jah suka guna laksa basah)
Ikan kembung + ikan sardin (ikut citarasa anda)
Asam keping 
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Belacan
Bawang besar sebiji
Cili blender
Perhiasan : cili padi, bawang, telur, timun, limai nipis, salad, sdaun selom (ikut citarasa anda)

Cara Masak

1. Siang ikan dulu, basuh dan rebus...Masukkan sekali beberapa asam keping. Ok cakap pasal ikan ni dari dulu saya suka guna ikan kembung..ntah la x tau kenapa...hihi...lepas tu dulu saya selalu campur setin ikan sardin...dengan kuah2 nyer saya blender dan campur dalam kuah nak bagi pekat...Makcik saya pernah buat laksa dengan ikan talapia je tau...sedap gak..baru2 ni saya buat laksa tapi saya campur kembung dengan ikan sardin fresh...Rasanya? wowwww lagi sedap ooo dari sardin tin...nisbah ikan suka hati..hari tu kembung lebih dari sardin...Tapi saya tak suka asingkan isi sardin sebab banyak tulang dari ikan kembung...

2. Ikan tak payah rebus lama, agak2 dah mendidih toskan ikan...bila ikan dah sejuk mulakan proses pengasingan isi dengan tulang...buat 2 bahagian, bahagian pertama blender isi sahaja...masa blender ni saya campurkan sekali belacan, bawang besar dan guna balik air rebusan ikan tadi...masuk dalam periuk...

3. Bahagian kedua, blender tulang2 tadi...kalau ada lebihan air rebusan guna air rebusan..kalau tak de p isi paip je...Dah blender tapis betul2 supaya tulang2 tak termasuk dalam periuk sekali...

4. Ok dah boleh buka api..masukkan air lagi sampai takat yang korang nak...Masukkan cili blender...Ikut kepedasan yang dikehendaki..masukkan daun kesum, bunga kantan, garam, asam keping...

5. Tunggu sehingga mendidih dan rasa...Kalau tawar tambah lagi garam...Dah rasa ok, boleh la dihidangkan bersama perhiasan2 yg ada...kak jah suka cili dgn timun je...bahan2 lain tak berapa suka...

6. Untuk laksa nya pula masak air dan bila air dah mendidih masukkan sekejap laksa basah tu...kacau2 dan toskan...

Periuk ni kak jah panggil belanga...dah lama beli..RM10 je...memang beli khas untuk masak laksa...kalau tanya ada beza ke masak pakai periuk ni dengan periuk lain...emmm ntah la..kak jah tak tahu nak cakap...haha...


Selamat Mencuba!!

16 April 2014

Begedil Kentang

Wahh mesti korang tanjatkan tetiba masuk blog kak jah ada resepi lak..hihi..almaklum la kak jah kan dah jadi surirumah sepenuh masa..So masa nak main2 masak tu banyak..Cuma rajin dan malas je...kihkih...Area rumah kak jah pun terlibat dengan catuan air ni...Ada masa kak jah suka je takde air, ada masa tak suka...cenggitu lak? Suka sebab tak payah membasuh, tak payah memasak...tak suka lak sebab kena makan kat luar...dah la boleh tahan gak harga dia...mahal....lepas tu baju bergunung nak kena membasuh...ha hamik kau...hari tu terdesak nak membasuh terus google cari kedai dobi layan diri kat Tanjung Malim ni...Nasib ada kt Taman Bernam Jaya nun..

Ni resipi kak jah dapat dari kawan orang jawa...sebab begedil ni kan selalu di kaitkan dengan makanan orang jawa..1st time kak jah makan terus suka...dan tanya kawan macam mana nak buatnya...masa tu kak jah sekolah menengah tapi tak ingat form berapa...see kak jah dari sekolah dah pandai masak tau...matik la puji diri sendiri...hehe

Ok jom tengok bahan2 dia

Kentang
Daun Sup
Bawang
Lada sulah / Blackpepper
Garam
Udang Kering
Telur

Cara2 masak

1. Kupas kentang dan potong secara dadu sederhana besar...Basuh dan rebus sampai kentang lembik sikit bukan lembik banyak.
2. Tumbuk kentang sampai lenyek guna lesung batu ye adik2 semua.
3. Hiris bawang dan goreng..Suka hati nak garing2 sangat atau garing manja2..kak jah suka garing manja2...
4. Udang kering direndam sekejap lepas tu tumbuk sampai hancur atau separa hancur...Ikut suka hati...
5. Gaulkan kentang yang dah dilenyek tadi dengan bawang goreng, udang kering...Campurkan daun sup, garam secukup rasa dan lada sulah atau blackpepper...Mane2 pun boleh...
6. Uli semua bahan2 tersebut dan bentukkan ikut suka hati..Nak besar, kecik, bulat leper...
7. Nak terus goreng pun boleh nak simpan dalam peti sejuk dulu pun boleh..mengikut pengalaman kak jah bila terus goreng, begedil jadi hancur...ada gak resepi taknak hancur campur tepung gandum...kak jah x suka..So bila kak jah simpan dalam peti sejuk dulu, esok nyer goreng begedil elok je tak hancur...

Begedil yang dah siap untuk diuli sebelum goreng

Sebelum goreng jangan lupa golek2 kan begedil dalam telur yg dipukul dulu sebelum tu...

Mudahkan? Korang pun boleh je nak tambah ayam / daging hancur..Ikut citarasa masing2..

Selamat mencuba!!!

11 April 2014

Kepentingan KALSIUM Kepada Tubuh


"Kaki Susu" atau tidak ... ketahui berapa pengambilan kalsium anda seharian & check  tanda-tanda kekurangan KALSIUM anda.

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis.

Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.

Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut.. Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

1. Otot & Saraf:
2. Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
3. Kejang otot
4. Wheezing(pernafasan berdehit)
5. Susah menelan
6. Suara berubah akibat laryngospasm

Saraf:

- Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
- Letih
- Sawan
- Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
- Jantung
- Sesak nafas
- Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
- Kulit
- Rambut kasar
- kuku rapuh
Psoriasis (sakit kulit)
- Kulit kering

Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

- Kekejangan atau kram otot
- sukar/susah nak tidur
- Perasaan berdebar-debar
- Eczema-penyakit kulit
- Rapuh kuku
- Sakit Sendi
- Tekanan darah tinggi
- Gigi reput
- Paras Kolestrol timggi
- Kebas-kebas kaki dan tangan
Rheumatiod arthritis
- Rickets

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.






Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?
... kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah..

Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:
1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Tahukah anda mengapa kita perlu amik 4 biji osteomatrix sebelum tidur??
... Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu.


sumber :: http://alinalan.blogspot.com/2012/03/kaki-susu-atau-tidak-ketahui-berapa.html




***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda.


Untuk Info dan Order:

Nor Hafizah Mohd Zabir | ID 866680
 Facebook : Nor Hafizah Mohd Zabir
COD : Tanjung Malim
WhatsApp | SMS : 012 3549 179
Email : permaysury@yahoo.com 


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

09 April 2014

Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi Anda


Amalkan sarapan dan bersenam


Semua orang tahu antara kunci bagi mencapai gaya hidup sihat adalah dengan bersenam. Walau bagaimanapun, selain daripada menjalankan rutin harian yang aktif, amalan pemakanan seimbang juga memainkan peranan yang penting. Pemakanan yang baik sangat penting kerana apa yang kita makan membawa kesan kepada kesihatan am dan mempengaruhi kadar tenaga yang kita gunakan untuk menjalankan kehidupan seharian.



Tidak dinafikan, kesihatan yang baik merupakan rahmat yang tidak terkira. Badan kita seperti jasad yang membawa kita sepanjang liku kehidupan. Oleh itu, selain daripada bersenam, badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik.



Cara terbaik untuk memulakan pemakanan seimbang adalah ketika hidangan pertama kita iaitu sarapan pagi. Juga dikenali sebagai hidangan paling penting setiap hari. Sarapan bagaikan mengakhiri puasa setelah 8 jam tidak makan. Oleh itu, zat baik yang anda makan pada waktu pagi membantu menghidratkan badan anda dan memberikan tenaga yang secukupnya untuk meningkatkan metabolisme dan menjadikan anda bertenaga, sekurang-kurangnya sehingga waktu makan tengah hari.



Sarapan juga penting kerana kita memerlukan tenaga yang cukup untuk menjalankan tugas dan aktiviti harian; sama ada di padang, di tempat kerja atau di sekolah. Ramai daripada kita memilih sarapan yang tinggi kalori, seperti nasi lemak atau roti canai untuk mengisi perut yang lapar. Ada yang memilih untuk tidak bersarapan langsung.



Berapa orang di antara kita yang mempertimbangkan isu sarapan, serta memilih hidangan yang terbaik untuk memulakan harinya? Melainkan hujung minggu, sarapan sentiasa menjadi hidangan yang tidak diutamakan atau dipendekkan waktunya akibat sibuk – pasti ada di antara anda cuma sempat makan pisang sebagai sarapan sebelum berebut untuk ke tempat kerja. Dengan jadual yang ketat, kepentingan sarapan sering diabaikan dan tidak lagi dianggap sebagai elemen penting dalam rutin pagi kita.



Tidak bersarapan mungkin menjadi satu amalan yang mudah, namun ramai pakar pemakanan profesional berkata bahawa pilihan ini tidak digalakkan, terutamanya bagi mereka yang hidup sibuk. Mengambil sarapan itu penting dalam memberikan tenaga kepada badan setelah 8 jam berpuasa. Waktu pagi merupakan waktu terbaik untuk memberi zat kepada badan dan memberi glukosa pada darah, yang dikenali sebagai gula darah. Glukosa merupakan sumber tenaga utama bagi otak dan membantu otot untuk menjalankan aktiviti fizikal setiap hari. Inilah sebabnya sarapan sangat penting untuk badan kita.



Sarapan membawa manfaat kepada otak dan badan. Mereka yang tidak mengambil sarapan pasti merasa resah, penat atau mudah marah. Hakikatnya, sekiranya seseorang tidak mengambil sarapan, dia akan mengalami perasaan lapar dan terdorong untuk memakan lebih banyak pada waktu makan tengah hari, atau bakal memilih makanan yang tidak berkhasiat. Akibatnya, strategi asalnya gagal dan sebaliknya membahayakan kesihatan mereka.



Sukar untuk mencari cara menyelesaikan rasa lapar dan ingin makan, kerana ini tentu mengganggu usaha untuk mengekalkan diet seimbang. Ini sebabnya sarapan sangat penting! Sarapan yang seimbang dan sihat tidak perlu mewah, dan tidak semestinya memerlukan masa persiapan yang panjang. Mulakan hari dengan minuman campuran mengandungi bijirin. Bijirin mengandungi kebaikan bijian sempurna, sumber yang kaya dengan pelbagai vitamin penting, mineral dan fitokimia, termasuk asid linolenik omega 3. Ia juga tidak mengandungi kolesterol, tinggi dengan kandungan serat boleh larut dan tidak larut dan kanji tidak boleh hadam, serta menjadi sumber karbohidrat dan protein yang baik. Secara ringkasnya, sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang, ia membantu mengekalkan kesihatan anda.



Dapatkan minuman malt coklat yang telah dicampurkan dengan bijirin berkhasiat dalam paket yang mudah daripada jenama yang boleh dipercayai apabila anda membeli belah. Luangkan masa untuk membaca jadual kandungan bagi memastikan elemen yang terdapat dalam minuman.



Sarapan ideal seperti ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan memerlukan makanan yang mengenyangkan, yang dapat mengelakkan rasa lapar sepanjang hari. Ini termasuklah para ibu bapa yang menyiapkan anak untuk ke sekolah atau pekerja yang bakal menghadapi tugas seharian di tempat kerja dan ingin mendapatkan cara untuk menikmati hidangan menyihatkan pada waktu pagi.









Pic ehsan google...Kak Jah google Kak Jah yang terliur T______T

07 April 2014

Kalsium dan Magnesium Penting Untuk Tubuh


KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat. 

Bagaimana pula dengan magnesium? Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain? 

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot. 

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis. 

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan. 

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli. 

Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik. 

Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan. 

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan. 

Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan. 

Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan. 

Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.


Sumber : http://anizyn.blogspot.com/2008/06/kalsium-magnesium-penting-untuk-tubuh.html



Jom dapatkan Ostematrix Shaklee kerana di dalamnya lengkap ddengan nutrien yang diperlukan...


***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda.


Untuk Info dan Order:

Nor Hafizah Mohd Zabir | ID 866680
 Facebook : Nor Hafizah Mohd Zabir
COD : Tanjung Malim
WhatsApp | SMS : 012 3549 179
Email : permaysury@yahoo.com 


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



04 April 2014

Testimoni :: Ostematrix Shaklee











***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda.


Untuk Info dan Order:

Nor Hafizah Mohd Zabir | ID 866680
 Facebook : Nor Hafizah Mohd Zabir
COD : Tanjung Malim
WhatsApp | SMS : 012 3549 179
Email : permaysury@yahoo.com 



 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.